Friday, April 08, 2016

Kerajaan Malaysia Lancar Skim MyDeposit

As-Salam para pembaca baik. Benda yang elok kita sokong dan sebar-sebarkan tidak kisah sama ada hal itu daripada belah pihak Kerajaan ataupun dari belah pihak Pembangkang. Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah lancarkan satu skim bagi membantu rakyat Malaysia membayar deposit baju tujuan pembelian rumah. Skim tersebut dikenali sebagai SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA atau ringkasnya MyDeposit.


LATAR BELAKANG

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit

KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

DOKUMEN SOKONGAN

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
  • Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.

MUAT TURUN MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA 
PENDAFTARAN BARU MyDeposit KLIK DI SINI 

Untuk maklumat lanjut, terus berhubung dengan pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di:

Cawangan Pengurusan Perumahan( MyDeposit )
- 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460

Melalui emel
- mydeposit@kpkt.gov.my 

Thursday, February 25, 2016

7 Rekaan Dalaman Teksi
Berwarna Warni di Mumbai, India

As-Salam para pembaca. Orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. Sebab apa? Sebab ada sesetengah perkara dan benda, kita tidak jumpa di tempat kita, tetapi ada di tempat orang. Kalau kita tidak mampu untuk "menjauhkan perjalanan", kita perbanyakan pembacaa, sebab melalui membaca kita boleh belajar dan tahu dari pengalaman orang lain.

Saya tertarik dengan satu laporan berita tentang teksi warna warni di Mumbai, India - bukan bahagian luaran, tetapi bahagian dalam teksi. Bahagian dalam teksi dihias dengan fabrik pelbagai corak dan rekaan bagi menimbulkan rasa ceria dan menarik minat pengunjung menggunakan perkhidmatan teksi di Mumbai.

Idea ini diilham oleh sebuah firm seni yang dikenali sebagai Taxi Fabric. Sehingga kini, mereka berjaya mencipta 26 rekaan berbeza dan teksi berkenaan turut digunakan dalam muzik video kumpulan Coldplay: Hymn for the Weekend. Gambar-gambar di bawah adalah 7 Contoh Rekaan Dalaman Teksi Berwarna Warni di Mumbai, India oleh para pereka muda India. Memang menarik dan kreatif idea seperti ini.








Semasa saya berpeluang pergi ke India atas urusan kerja pada tahun 2014, saya hanya sempat berada di New Delhi atas sebab kekangan masa. Mungkin satu hari nanti saya, isteri dan anak perempuan saya patut ke Mumbai dan merasai pengalaman menaiki teksi-teksi ceria di sana.

It is just a taxi by the idea is incredible. I wonder if Malaysia has this.

Friday, January 29, 2016

"Dilahirkan" Sebagai Kucing
"Terperangkap" Dalam Badan Manusia

As-Salam para pembaca. Dalam dunia ini ada macam-macam berita dan cerita pelik. Kadang-kala kalau kita hendak fikir logik, macam tak logik, tapi Kuasa Tuhan, Dia boleh buat apa sahaja walaupun di luar batas pemikiran manusia yang terhad. 

Kali ini cerita di Oslo, Norway, seorang wanita yang dikenali sebagao Nano percaya dirinya bukanlah seorang manusia tetapi adalah seekor kucing - seekor kucing yang terperangkapa dalam tubuh badan manusia. 

Nano mempercayai sebegitu selepas memiliki kelebihan atau ciri-ciri yang dimiliki oleh kucing. Nano berusia 20 tahun yang berasal dari Oslo mengatakan dia mempunyai deria bau yang kuat dan berkemampuan melihat pada waktu malam untuk memburu tikus.
 

Dia juga mengatakan bahawa dia takut pada air dan anjing serta boleh berkomunikasi dengan kucing-kucing lain. 

Nano menganggap bahawa dia telah dilahirkan sebagai spesis yang salah. Dia beranggapan dia sepatutunya dilahirkan sebagai kucing dan bukannya manusia. Kini dia adalah seorang kucing yang terperangkap dalam badan manusia. 

Sama ada cerita Nano dari Oslo ini sesuatu yang benar atau tidak, saya tidak pasti. Kalau ada para pembaca yang mempunyai maklumat lanjut atau ada kawan-kawan yang menghadapi sindrom yang sama, anda boleh kongsi kisah anda atau kawan anda itu di ruangan komentar.

incoming search: berita aneh seluruh dunia, cerita pelik manusia, cat woman, cat woman of oslo, oslo's cat woman, wanita kucing, wanita kucing di oslo, wanita kucing norway

Tuesday, January 26, 2016

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2016

As-Salam. Calon-calon Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sudah boleh membuat semakan sama ada berjaya atau tidak dalam peperiksaan berkenaan.

Laman web atau laman sesawang untuk membuat semakan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 2016 adalah di pautan berikut:

e-semakan. spa,gov.my


Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya sekaligus melangkah ke peringkat seterusnya. Bagi calon-calon yang menerima mesej "dukacita" selepas membuat semakan, jangan terlalu berdukacita sebab kita berusaha, hasilnya itu adalah ketetapan Allah Ta'ala.

Nanti bila ada peluang, boleh cuba lagi.

incoming search:
peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik m41 2016
keputusan peperiksaan pegawai ptd m41 2016
laman rasmi keputusan peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik m41 2016

Thursday, October 01, 2015

Harga Terkini RON97, RON95 dan Diesel
Mulai 1 Oktober 2015

As-Salam para pembaca. Seperti yang kita sedia maklum, semalam harga RON 97, RON 95 dan Diesel semuanya naik 10 sen bermula hari ini 1 Oktober 2015. Bulan September yang lalu ketiga-tiga jenis minyak turun 10 sen. Hari ini naik semula 10 sen. Berapa lama harga minyak akan kekal pada harga terbaru ini pun kita tidak dapat pastikan.

Rasmi: Harga rasmi bagi RON95 adalah RM2.05 sen liter manakala RON97 RM2.45 sen seliter dan Diesel RM1.90 sen seliter berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam 1 Oktober 2015. Harga bagi RON95, RON97 dan Diesel naik sebanyak 0.10 sen dimana RON95 naik RM1.95 kepada 2.05 sen seliter manakala RON97 daripada RM2.35 sen seliter kepada RM2.45 sen seliter dan Diesel daripada RM1.80 sen seliter kepada RM1.90 sen seliter.
Sumber: Harga Terkini Minyak Oktober 2015 RON95 RON97 & Diesel | melvister.com
Kredit Gambar: melvister.com

Bagaimana reaksi rakyat Malaysia terhadap harga RON95 RON97 & Diesel yang terbaru ini? Ada yang marah-marah kecil, ada yang sokong barangkali malah mungkin ramai yang sudah tidak ambil kisah.

Saya? Tetap kena isi minyak kereta juga. Apa boleh buat.

Thursday, September 17, 2015

Dihempap Motorsikal: Kanak-Kanak
Mati Di Tempat Kejadian

Seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia dua (2) tahun mati di tempat kejadian apabila kepalanya tertusuk besi akibat dihempap oleh sebuah motorsikal.

Menurut laporan akhbar, tragedi maut tersebut berlaku di Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan. Manakala abangnya yang berumur empat (4) tahun yang juga dihempap motorsikal yang sama, patah tangan.

Difahamkan, adik beradik itu bermain berdekatan motosikal, sebelum besi pemijak kaki motosikal itu tertusuk kepala mangsa.


Berita kematian seperti ini memang amat mendukacitakan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak kecil. Tiada pemantauan oleh orang dewasa merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan kejadian seperti ini berlaku.

Kepada ibu bapa yang ada anak kecil, perhatian ke mana anak-anak anda pergi dan di mana mereka bermain. Jangan disebabkan kecuaian ibu bapa sendiri, terpaksa menanggung derita menghadapi kematian anak-anak.

Semoga roh anak kecil itu dicucuri rahmat Allah.